1DISEMBER
"Abang,maafkan segala dosa saya selama
ini.Sugguh tidak diduga akan semua yang berlaku.Ampunkan Isha atas
semuanya.Ampunkan Isha kerana abang terpaksa berkorban untuk Isha"Nurul
Farisha Diyana berkata.Air mata jernih perlahan-lahan menitis dari kelopak
mata.
"Isha,jangan pernah bicara seperti itu
lagi.Abang ikhlas menyayangi Isha selama ini dan abang juga ingin Isha sedar
bahawa sememangnya selama ini cinta abang hanya untuk Isha.Tidak pernah muncul
istilah berkorban sayang kerana selama ini pun,demi Allah,hanya Isha seorang
sahaja wanita dalam hati abang"
Air mata yang mengalir segera diseka oleh
suami tersayang.Sugguh Nurul Farisha Diyana bingung dan sedih namun
kesedihannya telahpun dipujuk suami yang tidak sampai 24 jam dinikahi.
*********************************
Kehidupan sebagai seorang remaja
sememangnya sangat mencabar.Pelbagai petualang harus ditempuhi untuk melahirkan
entiti mithali.Nurul Farisha Diyana termenung di jendela,memikirkan hujah-hujah
yang akan dikemukakan dalam pertandingan forum yang akan berlangsung hari ini
di sebuah sekolah terkemuka di Terengganu.Tajuk forum itu pula berkaitan dengan
akhlak remaja,sangat sesuai kerana isu remaja sememangnya hangat diperkatakan.
Namun tiba-tiba Nurul Fazura Dalila terjaga
dari lena.Segera matanya menatap ke arah jam Mickey Mouse yang tergantung
sambil melihat kakaknya silih berganti.Nurul Fazura Dalila menggosokkan matanya
lalu bangun dari katil.Namun,diperhatikan Nurul Farisha Diyana begitu asyik
termenung sehinggakan tidak perasan akan kelibat dirinya di belakang kerusi.
Nurul Fazura Dalila segera terfikir untuk
mengenakan kakaknya.Lalu dikibarkannya telekung sembahyang di hadapan mata
Nurul Farisha Diyana.
"Aaaaa"jerit Nurul Farisha Diyana
sekuat hati.Sememangnya dia sangat fobia dengan usikan-usikan yang
sebegitu.Dengan pantas Nurul Fazura Dalila segera menekup mulut kakaknya sambil
ketawa terbahak-bahak.
"Hahahaha".Nurul Fazura Dalila
akhirnya melepaskan juga gelaknya sambil duduk di atas katil berhadapan dengan
Nurul Farisha Diyana.
"Zura..tak baik tau buat macam ni kat
akak.Huh.Lemah semangat.Nasib baik akak tak ada sakit jantung ,kalau tak
alamatnya tahlil la rumah kita ni malam esok"kata Nurul Farisha Diyana
lalu turut ketawa menyertai adiknya.
"Tu la pasal,hahaha.Kelakar la akak ni,tak
sangka pulak penakut."
Nurul Farisha Diyana tersenyum.
"Akak kenapa tak tido lagi?Dah pukul 3
pagi ni.."Tanya Nurul Fazura Dalila kehairanan.
"Erm,tak ada apa-apa la.Zura tidur la
dulu ye.Nanti akak tidur."
"Ala,Zura tahu.Ni mesti akak nervous
kan pasal competition esok?"tebakan Nurul Fazura Dalila mengena.Nurul
Farisha Diyana mengangguk lalu membuang pandang ke arah tingkap.
"Akak,i know u can do it.Trust
me,trust yourself.Lagipun selama ni pun you is the best sister!But i think it’s
better if kita solat dulu.Mintak supaya Allah permudahkan semua urusan akak
besok.Biar akak jadi tenang sikit."
Nurul Farisha Diyana tersenyum.Sesungguhnya
diakui dalam hati bahawa itulah jalan yang sebaik-baiknya,iaitu meminta agar
Allah permudahkan segala urusan.
Kemudian tanpa membuang masa,mereka segera
ke bilik air untuk berwudhu’.
~~
Lahir dalam keluarga yang sempurna
menjadikan manusia bahagia.Begitu juga situasinya dengan Nurul Farisha
Diyana.Mempunyai seorang ayah yang berdedikasi,seorang ibu yang
penyayang,seorang abang yang sering membantu dan seorang adik yang cukup
memahami.Bagi dirinya,tiada insan lain yang penting selain keluarga.
Pagi yang dingin itu,Nurul Farisha Diyana
melangkah keluar dari rumah dengan berbekalkan seribu keyakinan.Berbekalkan
ilmu yang dimiliki,ternyata Nurul Farisha Diyana berjaya mengemukakan buah
fikiran yang sangat bernas dan hasilnya,Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Sulaiman berjaya menjuarai pertandingan tersebut.
"Wow,great.Splendid Isha.Aku macam tak
percaya kau yang aku tengok tadi."kata Amira Shafiqa ketika mereka berada
di dalam van untuk pulang ke sekolah.Nurul Farisha Diyana hanya mampu tersenyum
dan mengucapkan syukur atas kemenangan yang diperoleh.
"Ala,bukan aku sorang.Riduan and
Mardhiah kan ada jugak.Diorang lagi hebat la."kata Nurul Farisha Diyana
lalu melihat ke arah dua orang rakannya yang banyak membantu di tempat duduk
belakang.
"Ye la aku tau,korang pun hebat tau.Eh
Mar ngan Duan,korang pun hebat tau.Hebat sangat but Isha lagi hebat
kan.."kata-kata Amira Shafiqa mengundang ketawa mereka seisi van.
Petang tersebut,mereka sekeluarga pulang ke
kampung ,sebuah kampung di pedalaman.Perjalanan yang memakan masa selama satu
jam telahpun member peluang kepada Nurul Farisha Diyana mengimbau kenangan
lalu.
"Isha,jom la temankan Ariff main
layang-layang ni.Best tau,rugi Isha tak nak main."jerit seorang
kanak-kanak berusia 5 tahun,Mohd Ariff Mirzal sambil memegang
layang-layangnya.Seorang kanak-kanak perempuan yang juga berusia 5 tahun hanya
memerhatikan gelagat sepupunya itu di bawah sepohan pokok yang rendang
berhampiran padang.
"Tak nak la Ariff.Ibu cakap perempuan
tak main mainan lelaki tau.Nanti jadi lelaki"jerit Nurul Farisha Diyana
yang tersenyum melihat gelagat sepupunya itu."
"Ponnnn"
Lamunan gadis itu segera terhenti.Dia
kembali ke alam yang nyata.Alam yang memaksa dirinya menerima hakikat bahawa
Mohd Ariff Mirzal sudah jauh dengan dirinya.Masa berlalu begitu
pantas.Dirasakan baru semalam mereka berkejar-kejaran di halaman rumah
neneknya.Namun apalah dayanya untuk mengubah semua itu.
‘Argh,perkara itu sudah berbelas-belas
tahun berlalu.Namun kenapa kenangan tersebut masih terbayang di ingatan.Lucu
jika dikenang kembali.Kini,aku dan juga dia sudah remaja.Malah tahun ini
menentukan hala tuju kami..Semuanya tidak akan kembali seperti dahulu.Aku
sedar..’Bisik hati Nurul Farisha Diyana sambil tersenyum memikirkan sepupu nya
itu.
Hubungan mereka sangat akrab.Bagai isi dan
kuku namun sejak Mohd Ariff Mirzal belajar di sekolah berasrama penuh di Negeri
Sembilan ketika berumur 13 tahun,hubungan mereka renggang.Mereka jarang
berjumpa dan jika bertemu pun,pasti tidak akan ada kata-kata yang lahir antara
mereka.Maka sejak itu,mereka sudah tidak seperti dulu lagi.Usia yang telah
mematangkan kehidupan.
~~
Cuti sekolah bermula..
"Zura,when’s your pmr?"Tanya
Encik Farid ketika mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam di restoran
terapung.
"This October dad."ringkas
jawapan Nurul Fazura Dalila lalu menyambung kembali mengunyah nasi goreng
kampungnya itu.Encik Farid menganggukkan kepala.Puan Farayu yang berada di sisi
suaminya tersenyum memandang wajah dua orang puterinya itu.Wajah mereka sedikit
pun tidak sama.Nurul Farisha Diyana mewarisi mata dan seiras dengan dirinya
manakala Nurul Fazura Dalila pula mewarisi ketinggian suaminya.
"Oh yea dad.After this holiday,cikgu
cakap parents kepada calon-calon pmr and spm kena datang sekolah.Ada temu
murni,kan Zura?"Nurul Farisha Diyana membuka bicara setelah lama berdiam
diri sambil melihat ke arah adiknya.Anggukan kepala adiknya sudah cukup untuk
mengiyakan kata-kata Nurul Farisha Diyana.Kemudian,Puan Farayu memaklumkan
sesuatu.
"Semalam along ada call ibu.Dia cakap
dia akan balik esok.Ada cuti tiga hari"kata-kata tersebut semestinya
menggembirakan mereka.
Kepulangan Mohd Fakrur Daniel sangat
dinantikan oleh mereka sekeluarga terutamanya puteri-puteri Encik Farid.Mohd
Fakrur Daniel yang sedang melanjutkan pelajaran di Univesiti Malaya itu pasti
akan pulang jika diberi peluang.Pemuda yang dikatakan seiras dengan pelakon
Zizan Nin itu merupakan pelajar terbaik ketika berada di semester pertama dan
kedua.Dia dijadikan inspirasi oleh Nurul Farisha Diyana dan juga Nurul Fazura
Dalila untuk berjaya.
Demam peperiksaan,SPM menanti..
SPM akan ditempuh tidak lama lagi.Hal ini
semestinya menuntut Nurul Nadia Farisha berusaha bersungguh-sungguh dan dia
selalu bangun pada waktu malam untuk belajar dan tidak lupa juga untuk
bertahajud.
Nurul Farisha Diyana sentiasa mengulang
kaji pelajaran dan dia juga sering bertanya jika terdapat perkara yang menimbulkan
keraguan dalam dirinya.Dengan cara itu,dia akan dapat memahami dengan jelas.Dan
caranya berhasil apabila keputusan percubaannya menunjukkan dia berpotensi
untuk mendapat kejayaan yang cemerlang.
Jauh merantau di negeri orang,Mohd Ariff
Mirzal termenung di jendela.Dia memikirkan peperiksaan yang bakal
menjelang.Lelaki yang dikatakan seiras dengan vokalis kumpulan Peter Pan itu
sangat rajin mengulang kaji pelajaran.Tambahan pula gelaran pelajar terbaik di
sekolah telah berjaya disandangnya.Pagi,petang,siang dan malam dia hanyalah
memikirkan peperiksaan.
Pada hujung minggu itu,dia terpaksa pulang
ke rumah kerana telah mengalami campak.Mohd Ariff Mirzal yang berada di dalam
biliknya dikejutkan dengan ketukan pintu yang bertalu-talu.Puan Norhayati masuk
ke dalam kamar anakanda tunggalnya dengan senyuman.
"Ariff,kenapa termenung ni?"soal
ibu Puan Norhayati lalu duduk di sebelah anaknya.
"Tak ada apa la ibu."
"Ariff,kalau pasal spm,jangan la
bimbang sangat ya,ibu tahu anak ibu ni akan berjaya"kata ibunya lalu
mengusap kepala Mohd Ariff Mirzal.Jejaka itu hanya mampu tersenyum.Ibunya
menyambung lagi
"Oh ya ,Ariff tak ada contact Isha
ke?"
"Isha?"
Kenangan lama terimbau di fikiran.Saat-saat
manis ketika mereka masih kanak-kanak tidak pernah luput dari fikiran jejaka
yang bernama Mohd Ariff Mirzal ini.Kenangan bermandi-manda di sungai,bermain
congkak,malahan dia juga pernah bermain permainan perempuan.Sebaliknya juga
dengan Nurul Farisha Diyana.
Namun semenjak meningkat dewasa,mereka
seolah membawa haluan masing-masing.Hanya senyuman yang menghiasi wajah tika
bertemu,langsung tiada bicara.Sekarang,mereka telahpun mencapai usia 17
tahun.Nurul Farisha Diyana menjadi seorang gadis bertudung yang sangat
manis,dia menjadi gadis idaman lelaki.
‘Argh,Nurul Farisha Diyana!Gadis yang telah
berjaya mencuri hati ini.Namun ku sedar Isha,aku bukanlah sesiapa,yang kau
langsung tidak pandang.Kau semakin cantik,malahan sangat cantik namun itu semua
bukan milikku...’
Masa begitu pantas berlalu,akhirnya SPM
ditempuhi dengan tenang..
~~
Telefon bimbit N95 milik Nurul Farisha
Diyana yang terletak di atas meja mengalunkan lagu Demi Cinta.Nama yang tertera
di skrin pastinya Ain Humaira,iaitu kawan rapat gadis cantik itu.
"Assalamualaikum Isha,ni aku
ni.."
"wassalam,yes i know that.What’s up
?"
"Esok ko nak pergi ambik result pukul
berapa?Aku nak call member kita,nak suruh datang on time."
"Em,pagi kot.Jam 10 aku pergi."
"Ok,set.bye."
Akhirnya hari yang ditunggu tiba
juga,keputusan Nurul Farisha Diyana sangat cemerlang.Dia telahpun mendapat
8A,manakala kawan-kawannya juga mendapat keputusan yang lebih kurang sama.
Dunia hari itu telah digemparkan dengan
pencapaian Azali Azlan yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang iaitu 20
A1.Namun bagi Nurul Farisha Diyana,dia sangat bersyukur dengan keputusan yang
diperolehnya.
"Alhamdulillah.."
Mohd Ariff Mirzal mengucapkan syukur di
dalam hati atas keputusan yang diperoleh.Keputusan yang sangat memeranjatkan
orang lain dan dirinya sendiri juga.Akhirnya dia berjaya mencapai target iaitu
mendapat straight A’s dalam SPM.Kini semua itu sudah menjadi kenyataan.
Kejayaan mereka yang cemerlang membolehkan
mereka memilih university yang disukai.Mohd Ariff Mirzal ternyata lebih selesa
memilih UIA manakala Nurul Farisha Diyana pula memilih untuk sambung pelajaran
di UM dalam bidang arkitek.
Minggu suai kenal sangat menyeronokkan bagi
Nurul Farisha Diyana.Ternyata dia sangat menyenangi nya.Mendapat kawan-kawan
yang baru juga merupakan pengalaman yang terindah.
Ketika sedang berjalan untuk pulang,gadis
itu terasa ada suara yang kedengaran memanggil.
"Awak,ni.."
Nurul Farisha Diyana berpaliing dan
terlihat ada seorang lelaki yang berdiri tercegat di koridor.Lelaki itu turut
menghulurkan purse yang berwarna biru muda itu.Setelah diamati,Nurul Farisha Diyana
perlahan-lahan menyambut purse yang dihulurkan setelah menyedari pursenye
hilang.
"Terima kasih.."katanya sambil
menghadiahkan senyuman lalu terus berlalu dari situ.
Nurul Farisha Diyana meninggalkan Tengku
Irfan Shafiq yang terpinga-pinga.Gadis itu meniggalkan Tengku Irfan Shafiq
dengan perasaan ingin tahu.
Tengku Irfan Shafiq,seorang pelajar senior
yang kacak dan sangat baik.Malah dia lah jejaka yang paling diminati gadis
jelita.Jejaka itu tersenyum sendiri.Dia terpegun melihat senyuman gadis yang tidak
di ketahui namanya itu.Wajahnya yang tenang dan ayu itu melayang-layang di
minda.Sungguh,wajah Nurul Farisha Diyana sentiasa di kotak fikiran.
"Oii,asal ko ni suke sangat termenung
seminggu dua ni ha?Dah jadikan sebagai hobi ke?"tegur Syed Luqman ketika
mereka sedang menikmati makanan di cafeteria.Sebenarnya Tengku Irfan Shafiq
mencari-cari kelibat gadis misteri itu.
"Mana ada Syed.Ko ni pandai-pandai je
la.."katanya lalu menghirup jus carrot yang berada di atas meja.
"Tak mengaku la pulak.Oh ya,hari ni ko
tak nak keluar ke?Em,Lin suruh aku ajak ko jugak.Dia kata ko tu tak pernah nak
melayan dia.Kalau call asyik reject je.Asal ko ni?"Syed Luqman berkata
lagi.Linda,gadis cantik yang tergila-gilakan kawannya itu sememangnya dari
dahulu lagi,tidak pernah kenal erti putus asa.
"Aku ada kerja hari ni.Weii,aku chow
dulu.Ada assignment nk kena siapkan.Bye."Lalu Tengku Irfan Shafiq bangun
dari kerusi lalu terus meniggalkan Syed Luqman yang terpinga-pinga.
Dia berjalan perlahan-lahan.Sebenarnya
assignment telah disiapkan namun dia sengaja mencipta alasan tersebut.
Nurul Farisha Diyana menunggu rakan
sebiliknya yang berasal dari Johor,Melinda di hadapan air terjun berdekatan
dengan cafeteria.Tenang.Satu perkataan untuk menggambarkan perasaan gadis itu
tika saat itu.
Secara tiba-tiba,Tengku Irfan Shafiq terasa
ingin mendekati air terjun yang saban hari dilihatnya dari jauh.Ketika
mendekati air terjun tersebut,dia melihat seorang wanita.Wanita tersebut
berdiri berhadapan dengan air terjun jadi tidak menampakkan wajahnya.
Nurul Farisha Diyana melihat jam tangan
pemberian ayahnya itu.
‘Argh,asal lewat sangat Mel ni.Tak boleh
jadi macam ni.Nanti lewat pulak nak masuk kelas.Baik aku pergi dulu.’
Gadis itu berpusing untuk meninggalkan
tempat tersebut.
"Argh.."suara Nurul Farisha
Diyana kedengaran seperti menjerit apabila melanggar seorang lelaki.Buku dan
fail ditangannya jatuh bertaburan di atas tanah.Tanpa membuang masa,dia terus
membongkokkan badan untuk mengutip barang-barangnya.
"Awak,ni ada lagi..:"kedengaran
suara garau yang berada dihadapannya berkata ketika dia telahpun berdiri.Tengku
Irfan Mirzal menghulurkan sebuah buku kepada seorang gadis yang dilanggarnya
secara tidak sengaja itu.
Nurul Farisha Diyana mengambil buku
tersebut lalu perlahan-lahan mengangkat mukanya untuk memandang muka lelaki
yang menolongnya.Tengku Irfan Shafiq tergamam seketika.
~~
Pelbagai cara dilakukan Tengku Irfan Shafiq
untuk memikat gadis idamannya itu.Sudah puas dicuba.Satu demi satu.Namun pada
awalnya,gadis itu tetap bersikap dingin.Namun siapa sangka,dalam diam rupanya
gadis itu telah terpikat tatkala melihat kesungguhan dirinya.
Hubungan mereka menjadi semakin erat.Malah
semakin serius.Lelaki itu sangat mencintai Nurul Farisha Diyana.Begitu juga
dengan gadis ayu itu.Perhubungan mereka berjalan lancar walaupun gadis itu
sering diugut Linda.Berbekalkan kepercayaan yang utuh akhirnya semua cubaan
berjaya di atasi mereka.
Tahun tersebut merupakan tahun terakhir
Tengku Irfan Shafiq.Oleh sebab itu,dia telah merencanakan sesuatu.
Dear diary,
Ini merupakan satu perasaan yang tidak
pernah ku alami.Aku sangat bahagia mengenali dia.Aku berharap agar perhubungan
ku ini kekal dan abadi selamanya ya tuhan..
Diari merah jambu itu ditutup.
"Betul Isha.I’m not joking.Ni perkara
yang series tak kan la saya nak main-main."Tengku Irfan Shafiq meyakinkan
gadis itu ketika mereka sedang makan di cafeteria.Mereka jarang keluar bersama
namun kerana hal yang ingin dibincangkan sangat penting,maka Nurul Farisha
Diyana bersetuju akhirnya.
"Tapi saya baru sem 2.Belajar tak
habis lagi.Nanti apa kata keluarga saya.Keluarga awak pun saya tak kenal
lagi.."
"Sha ,saya dah fikir masak-masak.Tahun
ni saya grad so saya tak nak berpisah lepas tu.Kalau awak tak kisah,nanti saya
pergi sendiri jumpa parents awak."kata lelaki itu bersungguh-sungguh.
" No Fan,i can handle.I’ll try but apa
pun jawapannya saya tak janji.Cuti next week saya balik kampung and i’ll do my
best"
Tengku Irfan Shafiq telahpun berjanji untuk
berjumpa dengan adik angkatnya pada pagi itu.
"Hey ko pe kabar?Dah lama ke
tunggu?"kata adik angkatnya lalu terus duduk berhadapan dengan Tengku
Irfan Shafiq.
"Ko ni,kalau datang on time tak boleh
eh?haha.Aku pun baru je sampai ni."katanya lalu tersenyum.
"Ok,fair la tu.Oh ya,asal nak jumpa
ni?Biasanya bukan main sibuk lagi ko ye."kata adik angkat lelaki itu lagi
lalu membuat pesanan.
"Ala,holiday ni kan.Lagipun dah lama
tak jumpa la."
"Fan,ko straight to the point je
la.Aku malas la nak berbasa-basi ni.Aku tau ko ada problem.Kalau tak ko tak
cari aku.."
"Pandai gak ko ye walaupun aku ni
abang ko.Em,orait.Hal ni macam ni Zal,ko ingat tak pempuan yang aku citer hari
tu?Yang aku syok giler tu."Adik angkat yang dipanggil Zal itu kelihatan
menggaru-garu kepala.
"Oh ya,yes.I do.Asal?"
"Aku nak suruh mak aku masuk meminang
but aku tak bagitau mak aku lagi.Ko pun tahu kan,mak aku macam mana.Macam mana
cerewetnya dia bab-bab macam ni.Dari A-Z dia akan siasat.Lebih-lebih lagi calon
yang dia nak,Linda tu aku tak suka."Tengku Irfan Shafiq bercerita.Sesekali
kelihatan dahinya yang berkerut.
"Hey man,ko kena la bawak budak tu
dulu.Apa-apa hal pun,mak ayah no 1 tau.Kenapa?Ko rasa mak ko tak terima ke
budak tu?"
"I don’t know ar Zal.Aku
bingung."
"Ko relax,tenangkan diri.The first
thing you have to do is ko kena bawak dia jumpa mak ko dulu.That’s all."
Berlangsungnya majlis pertunangan seminggu
selepas itu..
"Tak nak ibu,ariff ada
kerja.."kata Mohd Ariff Mirzal apabila diajak ke majlis pertunangan
sepupunya itu.
"Ariff,Isha tu kan sepupu kamu.Tak kan
la tak boleh tinggal kerja tu or there’s something going on dear?"Tanya
Puan Norhayati ketika sedang bersiap-siap untuk ke majlis pertunangan anak
saudaranya.
"There’s nothing bu.I am
okay."kata Mohd Ariff Mirzal yang sedang menonton televisyen.
"Or there’s a heart broken
Ariff?"
Mohd Ariff Mirzal hanya mendiamkan diri.Dia
sayu.Sungguh dia tidak sangka secepat itu gadis idamannya bertemu jejaka
pilihan.Langsung tidak memberi peluang kepada dirinya.Nampaknya dia harus
menguburkan saja impiannya untuk memiliki gadis itu.
‘Memang aku tidak layak dengan Isha.Aku
sedar siapa diriku..’
"Ariff,sabar.Bunga bukan sekuntum ya
sayang." Kata Puan Norhayati ketika dia menghampiri anak tunggalnya itu..
"Em,Isha dah nak bertunang.Ariff tak
ada calon ke nak kenalkan kat ibu?"Tanya Puan Norhayati lagi.Dia tidak
tahu akan isi hati anaknya itu kerana anaknya seorang yang perahsia.Tidak
pernah sekalipun diceritakan tentang wanita.
"Bu,selama ni dalam hidup Ariff hanya
ada Isha.Ariff langsung tak pandang perempuan lain ibu..Tapi Ariff sedar,Ariff
tak layak untuk dia.."dia berterus terang akhirnya.
"Dia mungkin bukan jodoh kamu.Ala,apa
nak susah kan anak ibu ni kan handsome,kalah Brad Pitt tau.."Puan
Norhayati menyenangkan perasaan anaknya yang gundah itu.
Akhirnya Mohd Ariff Mirzal tersenyum juga.
Tali pertunangan telahpun berjaya diikat
antara Tengku Irfan Shafiq dan Nurul Farisha Diyana.Majlis yang berlangsung
secara kecil-kecilan itu tetap meriah dengan kehadiran saudara mara dan sahabat
handai.
Tengku Irfan Shafiq mengajak Nurul Farisha
Diyana bertemu dengan adik angkatnya di sebuah restoran kerana pada majlis
pertunangannya,adik angkat Tengku Irfan Shafiq tidak datang.
" Assalamualaikum.."
"Waalaikummussalam Zal,datang jugak ko
ye"
"Em,ni adik angkat merangkap teman
baik saya.."kata Tengku Irfan Shafiq kepada tunangnya.
Nurul Farisha Diyana berpaling ke arah
belakang.Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati adik angkat Tengku Irfan
Shafiq ialah Mohd Ariff Mirzal,sepupunya sendiri.
"Ariff.."Nurul Farisha Diyana
terkejut dengan pertemuan itu.
"Isha.."
"Well,korang berdua kenal
ke?"Tanya Tengku Irfan Shafiq kehairanan.Mohd Ariff Mirzal duduk di
sebelah abang angkatnya.
"Fan,he’s my cousin."kata Nurul
Farisha Diyana yang masih tidak menyangka pertemuan mereka setelah sekian lama
tidak bersua muka.Malah sewaktu majlis pertunangannya,Mohd Ariff Mirzal
langsung tidak datang.
"Wow,fantastic.Keciknya dunia
kan."Kata Tengku Irfan Mirzal teruja.
Mohd Ariff Mirzal pula semangnya tidak
menyangka semua ini.Rupa-rupanya abang angkatnya sendiri yang telah berjaya
menawan hati Nurul Farisha Diyana.Dia hampa,dia kecewa.
~~
Setahun sudah usia pertunangan
mereka.Bermakna lima bulan sahaja lagi majlis perkahwinan mereka.Persiapan
sudahpun di buat sedikit demi sedikit.
Pada pagi itu,Nurul Farisha Diyana akan
pulang ke kampung halamannya kerana cuti.Dia langsung tidak memaklumkan
kepulangannya kepada keluarga di kampung.Malah ketika adiknya menelefon semalam
pun tidak diberitahu akan kejutan yang ingin dilakukan itu.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang enam
jam.
"Isha,dah sampai ke?"Tanya
tunangnya ketika menelefon Nurul Farisha Diyana itu.
"Aa,nak sampai dah.Jangan bimbang
la,dah pagi pun."kata gadis itu lalu turun keluar dari bas.
Selepas bersarapan sebentar,gadis itu
mencari teksi untuk pulang ke rumah.Dia sengaja tidak memaklumkan
kepulangannya.Malah sewaktu sampai di rumahnya pun,dia menyuruh pemandu teksi
tersebut memberhentikannya jauh dari rumah kerana dia tidak mahu ada sebarang
bunyi.
Ketika melangkah masuk,gadis yang berbaju
kurung itu melihat pintu rumahnya terbuka luas.Hatinya berbisik..
‘Ape la diorang ni,pintu tak tutup.Kalau
pencuri masuk ni,senang-senang je.Ni mesti kerja Zura.’
Kaki terus melangkah ke dalam rumah.Salam
langsung tidak di hulur.
"Abang,macam mana pun perkara ni kita
kena jugak beritahu kat Isha sebelum majlis perkahwinannya."
Langkah Nurul Farisha Diyana mati di
hadapan pintu bilik ibunya.Nasibnya baik kerana pintu itu sedikit tertutup,jadi
dia dapat melihat dengan jelas ibu dan ayahnya yang sedang berbicara.Muka
mereka tampak sangat serius.Gadis itu terus mendengar.
"Saya tak sanggup nak bagitau
Isha.."
"Bang,apa-apa hal pun kita tak boleh
sorokkan.Benda ni akan Isha tahu jugak pada hari perkahwinannya walaupun kita
tak cakap sekarang.Dia akan jadi lebih malu kalau tahu saat itu
jugak."Puan Farayu berkata,nadanya menunjukkan kerisauan.
"Nanti Isha balik saya akan
bagitau."kedengaran suara Encik Farid.
"Saya tak dapat nak bayangkan
bang.Macam mana kalau Isha tahu yang dia anak luar nikah bang.Mesti dia sangat
sedih..."nadanya beserta air mata yang mengalir.
Nurul Farisha Diyana terkedu.Tidak
menyangka.Dia terasa lututnya lemah.Air mata mengalir laju.Sungguh dia tidak
menyangka.Badannya lemah.Kata-kata ibu dan ayahnya sudah tidak kedengaran di
telinga.
‘Aku anak luar nikah?Ya Allah’
Hatinya berbisik lalu air mata bercucuran
jatuh ke bumi.
Daun pintu di tolak.Encik Farid
terkejut.Puan Farayu tergamam.Tiada kata yang zahir dari mereka.Air mata puteri
sulungnya sudah cukup menggambarkan apa yang berlaku.Encik Farid bersuara
setelah lama diam membisu,manakala Puan Farayu sudah mula menitiskan air mata.
"Isha.."
"Ayah,betul ke apa yang Isha
dengar?"Tanya Nurul Farisha Diyana dengan nada yang masih teresak-esak.
Anggukan Encik Farid sudah cukup
menghancurkan hatinya.Anggukan lelaki itu bagaikan halilintar yang menghentak
kepala.Hatinya bagaikan kaca yang terhempas ke batu.Hancur.
Nurul Farisha Diyana merenung ke luar.Hujan
turun dengan lebatnya.Seakan memahami perasaannya tika dan saat itu.Suasana di
dalam bas Sani Ekspress itu hanya kedengaran bicara televisyen.Lalu kenangan
pahit terimbau di fikiran.
"Isha,sudahlah menangis sayang.Ayah
dan ibu mintak maaf.."
"Siapa ayah Isha bu?Macam mana dengan
along?adakah along juga seperti Isha?"Bertalu soalan yang ditanyakn dengan
suara yang penuh tangisan ketika berada di ruang tamu setelah ditenangkan ibu
bapanya.
"Ayah masih ayah Isha.Namun tika
itu,kami lagha Isha.Kami lalai,leka..Isha,sebenarnya Mohd Fakrur Daniel ialah
abang tiri kamu Isha.Ibu kamu merupakan isteri kedua setelah isteri pertama
ayah meninggal dan pada waktu itu ayah sangat tertekan.Tambah pula dengan
kehadiran abang kamu yang baru berusia sebulan.Ayah sangat tertekan sehinggalah
berjumpa dengan ibu kamu.Dan kami akhirnya dikalahkan hawa nafsu.Selepas itu
ayah menikahi ibu kamu dan dua tahun selepas itu,Zura muncul di dunia
ini.."
Seribu kebenaran yang sememangnya pahit itu
terbongkar akhirnya.Kata-kata Encik Farid penuh kekesalan.Puan Farayu hanya
mendiamkan diri sejak tadi.Tiada kata yang terkeluar lagi dari mulut Nurul
Farisha Diyana.Dia buntu.Dia bingung.Semua soalan yang hendak ditanya
seolah-olah tersekat di kerongkong.Tiada kata.Tiada bicara.
Akhirnya keputusan di buat.Dia tahu,dia
harus menenangkan diri dahulu di saat-saat ini.Dia tidak bisa menghadapi
situasi ini lagi.Dia harus bersendirian.Mesti!
Tuk!Tuk!Tuk!
Pintu dibuka.Melinda terkejut.
"Isha,asal ko ni?Kata nak balik
kampung seminggu.Ha,ni ape kes?Kan baru semalam kitorang hantar ko
balik.Tup-tup malam ni ada kat sini balik.Hey bila sampai ni?"Tanya
Melinda bertalu-talu kehairanan apabila melihat Nurul Farisha Diyana tercegat
di depan pintu bilik mereka.
Tanpa sebarang bicara, Nurul Farisha Diyana
terus memeluk rakannya itu lalu menangis.Setelah ditenangkan Melinda,gadis itu
menceritakan semuanya.Melinda terlopong.Namun dia lebih banyak memberikan
nasihat dan motivasi kepada gadis itu.
Malam itu Nurul Farisha Diyana tidak dapat
melelapkan mata setelah puas dicuba.Lalu dicoretkan sesuatu.
Diari merah jambu di buka..
1 DISEMBER,
Tarikh itu.Tarikh yang menghancurkan hati
ku.Tarikh yang tidak akan sesekali aku lupakan.Tarikh yang ku rasa telah
meragut kebahagian hatiku.Tarikh yang terlerainya sebuah kebenaran yang
sememangnya pahit untuk ku telan.
Tidak pernah terbayang di fikiran akan
semua yang berlaku ini Ya Allah,apakah ini ujian yang Kau turukan kepada
hamba..?Mengapa mesti semua ini berlaku?
Aku anak luar nikah!Nurul Farisha
Diyana,kau anak haram!Kau tidak suci!Berat sungguh rasanya dugaan ini.Seakan
tidak tergalas di bahu ini.Tabahkan lah hati ini.Hilangkanlah perasaan
ini.Sungguh,tiada kata yang terzahir selain kekecewaan,kesedihan dan kepedihan
hati.
Bagaimana harus aku berdepan dengan semua
ini?Bagaimana????Hendak atau tidak,Irfan mesti diberitahu.Walau apa pun yang
akan berlaku selepas ini,aku terima dengan reda.Ya Allah,sesungguhnya aku tahu
manusia itu tidak diuji tanpa batas.Kau kuatkan dan tabahkanlah hati ku untuk
menghadapi cubaan dan dugaan yang telah Kau turunkan ini.
YaAllah,Kau berikanlah kekuatan kepada
hamba-Mu ini
Dan tingkatkanlah keimanan ku ini untuk
bersujud pada-Mu,Ya Allah
Pertemuan yang diatur dengan tunang
tersayang malam itu telahpun difikirkan masak-masak akan apa yang harus
diluahkan.Tengku Irfan Shafiq hadir dengan senyuman dan sejambak bunga ros
putih.Nurul Farisha Diyana pula telah menyiapkan dirinya dengan pelbagai
kemungkinan yang akan berlaku semenjak seminggu yang lalu.
"Hai Isha,.awak apa khabar?Kenapa saya
call asyik mailbox je?"Tanya Tengku Irfan Shafiq lalu duduk berhadapan
dengan tunangnya itu.
Gadis yang mengenakan blaus biru muda itu
hanya tersenyum kelat.Gadis itu tersenyum dalam kesedihan.
"Em,handset saya rosak."bohong
gadis itu.
"Oo,nanti baiki ya.So macam mana
dengan mak cik Ayu and pak cik Farid?Doing fine?"Sememangnya jejaka ini
sangat rapat dengan ibu bapa Nurul Farisha Diyana setelah beberapa kali bersua
muka.
"Mereka sihat walafiat.Irfan,actually
I have something to tell you and benda ni mungkin akan mempengaruhi perkahwinan
kita and mungkin perasaan you jugak.."Nurul Farisha Diyana berterus terang
tanpa berbasa basi.
Tengku Irfan Shafiq kehairanan.Dia keliru
dengan kata-kata tunangnya.Dia terdiam membiarkan gadis itu berbicara.Nurul
Farisha Diyana pula nekad.Dia tidak akan mengeluarkan air mata di hadapan
lelaki itu walaupun setitik.Dia sudahpun melakukan pelbagai persiapan untuk menghadapi
tunang tersayang malam itu.Makanan dan minuman yang terhidang langsung tidak
disentuh.
"Bukan saya tak nak cakap hal ni
awal-awal but saya pun baru tahu last week." Nafas ditarik dalam-dalam.
"Actually,saya seorang anak luar
nikah.."akhirnya berjaya juga diucapkan kata-kata yang menghiris kalbunya
itu tanpa setitik air mata pun.
"So after this,saya terima apa pun
keputusan awak.Sama ada untuk meneruskan ataupun membatalkan perkahwinan
kita."
Tengku Irfan Shafiq terdiam sejenak sejurus
berkata.
"Isha,you have to know that itu semua
bukan salah awak.It’s not your fault.So whatever happen,i still wanna marry
you.Saya tak kisah semua tu.Macam mana awak boleh fikir yang saya akan cancal
our wedding,Isha?You is my love,my happiness.I’ll never let it go."Sungguh,kata-kata
itu lahir dari hati jejaka itu sendiri.Dia sememangnya sangat menyayangi gadis
itu melebihi nyawanya sendiri.
Nurul Farisha Diyana tersenyum.Gadis itu
menarik nafas lega.Sesungguhnya dia juga tidak sanggup untuk melepaskan Tengku
Irfan Shafiq.Tanpa mereka sedari,rupa-rupanya perbualan mereka telahpun
didengari Linda,gadis yang tergila-gilakan Tengku Irfan Shafiq secara
kebetulan.Linda tersenyum sinis,mengatur pelbagai rancangan jahat di fikiran.
~~
Mohd Ariff Mirzal terdiam mendengar cerita
ibunya.Dia tidak menyangka akan semua ini.Dia memberanikan diri menelefon gadis
itu untuk memberi perangsang.
"Terima kasih Ariff,Isha dah
okey.Thanks again.."Nurul Farisha Diyana mengakhiri perbualan ketika dia
masuk ke dalam dewan.Gadis itu sangat terkejut menerima panggilan sepupunya
itu.Ternyata Mohd Ariff Mirzal masih mengambil berat pasal dirinya.Disangkanya
sepupunya itu sudah tidak sudi berkawan dengannya lagi.
"Nurul Farisha Diyana,ada tetamu nak
jumpa."umum Profesor Amran.Semua mata tertumpu ke arahnya.Gadis itu
perlahan-lahan bangun dan meninggalkan dewan kuliah itu.
Gadis manis itu kelihatan agak terkejut
apabila mendapati tetamu itu ialah Datin Aliya,ibu kepada Tengku Irfan
Shafiq.Mereka berjalan ke cafeteria.
"Mak cik ada apa sampai datang nak
jumpa saya nie?"berani Nurul Farisha Diyana berkata.Sememangnya dia sedia
maklum akan sikap bakal mertuanya itu.Perempuan tua itu sama sekali tidak suka
dengan pilihan anaknya namun kerana sikap Tengku Irfan Shafiq yang tetap
berkeras,akhirnya dia menerima ,tidak ikhlas.Perempuan tua itu terlalu
mementingkan harta dan kedudukan.
"Call me Datin Aliya."Angkuh
kedengaran suara perempuan itu seraya menghirup jus tembikainya.
Nurul Farisha Diyana hanya
mengangguk-anggukkan kepala.
"Is it true what i’ve heard?That kamu
ni anak luar nikah?"
Hanya anggukan yang berjaya di
zahirkan.Sungguh dia tidak berdaya berhadapan dengan wanita tua ini.Menatap
matanya juga tidak berjaya di lakukan.Apatah bersuara tentang hal itu.
"Huh,I dah cakap dekat Irfan yang you
ni bukannya calon yang sesuai dengan dia.Zero.Langsung tak padan.Tapi dia tak
dengar.Entah siapa la yang dia nak,latar belakang pun tak jelas"sindir
perempuan itu.Nurul Farisha Diyana menangis di dalam hati.Sememangnya dia
sangat terasa dengan sindirian itu namun ditabahkan hati untuk menahan air
mata.
"Nurul Farisha,I tak kira apa pun yang
berlaku but your wedding,cancel.I tak nak ada menantu yang tak jelas latar
belakang,nanti apa orang akan cakap.Jatuh standart I,dapat menantu anak
haram."
Kata-kata itu bagaikan menikam jantung
gadis itu.
"I tak kira but hubungan kamu dengan
anak I kena putus jugak.Whatever happen.Noktah.And one more thing,ingat,pesan
dekat your parents about wedding tu.I tak nak diorang bersiap-siap
lagi."kata Datin Aliya dan terus berlalu meninggalkan Nurul Fariysha
Diyana yang mula mengalirkan air mata.Dia tidak peduli akan mata-mata yang
melihat dirinya saat itu kerana apa yang dia tahu,dia tidak terlalu tabah untuk
semua ini.Dia gagal menahan air mata.Akhirnya,gugur lagi air jernih itu.
Suasana di rumah banglo tiga tingkat milik
Dato’ Zikri itu tegang.
"Bu,apa salahnya Isha tu anak luar
nikah?Fan sayang dia.."Kata Tengku Irfan Shafiq kepada ibunya yang berada
di ruang tamu.
"Hey Irfan,kau jangan nak malukan
ibu.Ingat,kau sorang je anak ibu.Ibu nak yang terbaik untuk anak ibu"nada
Datin Aliya meninggi.
"Ibu,Isha yang terbaik untuk
Fan.."rayu jejaka itu.
"If i said no,it is no Irfan
Shafiq.Jangan berani derhaka cakap ibu.Ibu tak nak menantu yang tak tentu latar
belakang,malu ibu.Malu.Lagipun apa yang kau tergila-gilakan sangat budak tu
hah?Linda tu dah perfect dah.Kau buta ke Fan??"marah Datin Aliya yang
berdiri di hadapan anaknya itu.Dato’ Zikri tidak mahu masuk campur kerana bagi
dirinya,kebahagiaan anaknya ialah kebahagian dirinya.
"Tiada apa yang hendak
dibincangkan.Semuanya jelas.Ibu awak tak boleh terima saya.Dan kita tak boleh
teruskan tanpa restu.Irfan,mulai hari ni kita putus ya.Selamat tinggal.Moga
awak dapat jodoh yang sesuai.."kata Nurul Farisha Diyana dan terus
berlalu.
"Ishaaaa.."jerit Tengku Irfan
Shafiq namun jeritannya belum cukup untuk menghalang gadis kesayangannya itu.
~~
"Kak,sabarla.Ni semua dugaan tuhan
kak."pujuk Nurul Fazura Dalila ketika kakaknya itu memberitahu mereka
semua tentang keretakan hubungannya.Encik Farid yang duduk di atas sofa
terdiam.Begitu juga dengan Puan Farayu.
"Sha,jangan putus asa.Kumbang bukan
seekor.Ni maknanya Irfan bukan jodoh ko Sha..Lagipun ko menangis air mata darah
sekali pun,things happened.Abang harap ko banyakkan solat,solat tahajud ke,biar
tenang.."kata Mohd Fakrur Daniel yang terus pulang ke rumah sebaik sahaja
dimaklumkan mengenai perkara itu.Nurul Farisha Diyana menangis dalam dakapan
ibunya.
"Sha,walaupun abang cuma abang tiri ko
tapi tak bermakna abang tak boleh nasihat Sha.Abang sayang Sha and Zura
sangat-sangat.Abang faham atas apa yang berlaku pada Sha,mungkin kenyataan itu
terlalu pahit dan terlalu berat untuk Sha seorang jadi kita kena berkongsi
ya..Tidak timbul pasal anak luar nikah or whatever,yang penting diri kita.."sambung
Mohd Fakhrur Daniel menggantikan ayahnya yang kehilangan kata-kata.
Nurul Fazura Dalila pula hanya memerhatikan
kakaknya yang kecewa.Timbul perasaan kasihan kepada kakaknya dan tidak kurang
juga perasaan meluat kepada Datin Aliya.
Seminggu berada di kampung halaman,jiwa
terasa tenang.Minda terasa lapang.Berkali-kali Tengku Irfan Shafiq datang untuk
memujuk setelah telefon bimbitnya ditutup namun hatinya sudah pun hancur.Tiada
ruang lagi untuk insan itu sungguhpun dia mencintai jejaka itu sepenuh hati.Kesabarannya
sudah mencapai tahap maksimum,dia sudah tidak dapat bertahan lagi dengan hinaan
dan caciaan yang dilemparkan.
Nurul Farisha Diyana nekad.Tiada lagi air
mata yang akan mengalir.Tiada lagi walaupun setitik.Itu janjinya.
Malam itu,mereka sekeluarga menerima
kunjungan daripada Puan Norhayati dan Encik Hakimi.Mereka merupakan saudara
rapat keluarga itu kerana Puan Norhayati merupakan adik kepada Encik Farid.
"Bang long,kunjungan kami
berhajat.."kata Puan Norhayati sebaik sahaja dipersilakan duduk.
Puan Farayu memandang suaminya.Encik Farid
tersenyum manis.
Tahajud sudah berkali-kali.Nurul Farisha
Diyana yakin dengan kata hati dan petunjuk yang ditunjukkan.Tarikh sudah
ditetapkan,iaitu tarikh yang sama dengan apa yang yang telah dirancangkan.Cuma
nama pengantin lelaki yang ditukar.Majlis tetap akan berjalan mengikut apa yang
direncanakan.
"Sha,betul ke apa yang saya
dengar?Perkahwinan itu akan tetap berlangsung tanpa saya?"
"Ya Irfan,itu semua betul.Saya minta
maaf.."kata Nurul Farisha Diyana lalu menundukkan wajahnya.Sungguh dia
tidak sanggup bertentangan mata dengan jejaka yang dicintainya itu bertahun
lamanya.
" Isha,please.Kembalilah dengan saya
lagi.."kata Tengku Irfan Shafiq yang sanggup datang ke Terengganu
semata-mata untuk memujuk kekasih hatinya itu dan bertemu buat kali terakhir.
"Fan,itu mustahil.Saya tak nak awak
jadi derhaka kerana saya,jangan.."
"Tapi Isha,saya sayang awak.Saya tak
nak kehilangan awak."
"Jika awak tak nak kehilangan saya
then maknanya awak akan kehilangan family awak.Baliklah Irfan,Linda
menunggu.Bahagiakan ibu awak,hanya awak la sorang anak dia."kata Nurul
Fariysha Diyana sambil menikmati keindahan Tasik Kenyir.Pada hari itu,Tengku
Irfan Shafiq telahpun meminta izin keluarga Nurul Farisha Diyana untuk bertemu
dengan bekas tunangnya itu.
"Kita tiada jodoh Irfan.Reda
la.."tenang gadis itu menuturkan kata.Tengku Irfan Shafiq yang duduk di
atas bangku hanya terdiam.Dia tahu kebenaran kata-kata gadis itu.
"Siapa jejaka bertuah itu?Adakah awak
mencintainya?"bertalu soalan dilemparkan.
"Cinta boleh dipupuk selepas kahwin
Fan.Sungguhpun tika ini cinta saya hanya untuk awak namun itu semua tidak
bermakna saya tidak akan cuba untuk mencintainya."
Tengku Irfan Shafiq bangun dan menuju ke
arah bekas tunangnya itu.Dia menghulurkan sesuatu.
"Isha,saya tahu awak betul.Kita tiada
jodoh.Mungkin ini pertemuan terakhir kita kerana saya akan berangkat ke London
seminggu sebelum tarikh perkahwinan itu.Walaupun tiada jodoh antara kita,namun
saya nak awak tahu,saya sangat menyayangi awak.Dulu,kini dan selamanya.Dan
terimalah ini sebagai tanda kenangan antara kita.."
Nurul Farisha Diyana menyambutnya
perlahan.Hadiah itu dibuka.
"Fan,ini terlalu mahal.Saya tak boleh
terima."Hadiah itu dihulurkan kembali kepada jejaka di hadapannya itu.
"Isha,itu cincin perkahwinan kita.Saya
telah membelinya sebelum hari pertunangan kita lagi.Hadiah ini tidak semahal
harga kenangan saya dengan awak.Terimalah.."
Gadis itu kehilangan kata-kata.Dibukanya
lagi kotak merah berbentuk hati itu.Ditatapnya sekali lagi.Cincin bertatah
berlian itu sangat cantik.Namun dia tidak akan memakai cincin itu kerana
pastinya cincin berlian itu akan mengingatkan dirinya kepada insan yang bernama
Tengku Irfan Shafiq.Dalam masa yang sama,dia juga tidak tegar untuk menolak
hadiah terakhir dari jejaka itu.
Tengku Irfan Shafiq telah membuat keputusan
untuk ke London seminggu sebelum tarikh yang dipilhnya bersama dengan Nurul
Fariysha Diyana untuk perkahwinan mereka.Namun itu semua sudah terkubur.Dia
mahu merawat hatinya yang luka.Tidak sanggup untuk melihat gadis kesayangannya
itu bersama lelaki lain.
Majlis perkahwinan berlangsung dengan
meriah akhirnya dengan kehadiran rakan-rakan dan juga saudara mara.
~~~~~~~
Diari merah jambu dibuka lagi.
Diary ku,
T iada kata kecewa lagi yang ingin ku coretkan
disini.Hanyalah kebahagian yang ingin dilakarkan.Hidupku kini menjadi lebih
ceria dengan kehadiran suami tersayang.Terima kasih Ya Allah atas semua ini.
Kehidupan ku menjadi sangat bermakna.Rutin
harian ku sudah berubah sama sekali.Aku tidak kisah terpaksa menghabiskan 24
jam di rumah yang serba indah ini.Aku tidak kisah membuat semua kerja-kerja
rumah ini sendirian.
Wahai diary,
Kenangan cinta dulu telahku luputkan dari
ingatan.Ah,cinta itu tidak kesampaian.Apa yang aku tahu,Irfan telah bertemu jodohnya
di Londan.Syukur Alhamdulillah.Oh ya,semalam berlangsungnya majlis perkahwinan
abangku.Pengantin perempuannya agak mengejutkan.
Ain Humaira,rakan sekolah ku yang kini
menjadi kakak iparku.Manakala Zura sekarang sedang menyambung pelajaran di
UIA.Aku sempat berpesan kepadanya agar jangan mencari cinta sebelum mencapai
cita-cita.Sebenarnya kata-kata itu harus ku tujukan kepada diriku sendiri.
Sungguh aku terkejut tatkala mendapati Ain
Humaira yang akan menjadi kakak iparku.Betapa kecilnya dunia ini.Ain Humaira
masih seperti dulu.
Kehidupan menjadi lebih bermakna selepas
bergelar isteri.Tambahan pula dengan kandungan yang berusia lima bulan ini.Aku
bahagia menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bernama Mohd Ariff
Mirzal.Lelaki yang merupakan teman sepermainan.Seakan tidak percaya akhirnya
lelaki ini yang menjadi jodohku.
Sememangnya aku menyedari,betapa pentingnya
restu orang tua untuk mendapat kebahagiaan rumah tangga.Perkahwinan yang dahulu
di bina tanpa rasa sayang kini mekar dengan bunga-bunga cinta.Cinta tidak
menjamin kebahagiaan hidup.Itulah yang dapat aku belajar melalui pengalaman
silamku.
Diary ku,
Hari ni merupakan hari terakhir
coretanku.Selepas ini aku berjanji tiada lagi coretan untukmu.Maafkan
aku.Sesungguhnya aku telahpun mempunyai tempat untuk menggantikannmu.Aku sudah
punyai tempat mengadu,tempat untuk berkongsi susah dan senangku.Tempat itu
tidak lain tidak bukan ialah suamiku sendiri.
Terima kasih atas semua ini.Terima kasih
kerana sudi mendengar semua keluhan hatiku selama ni.Aku akan menyimpanmu di
dalam almariku selepas ini.
Aku berjanji kepada diriku untuk menjadi
seorang isteri yang solehah dan yang taat kepada suamiku.Serta aku ingin
menjadi ibu yang sempurna kepada anak-anakku.
Ya Tuhan,terima kasih atas kebahagiaan yang
Engkau limpahkan ini.
Diari ditutup untuk selamanya.
Beberapa bulan kemudian,
"Abangg..."jerit Nurul Farisha
Diyana ketika terkejut dari lena.Suaminya kelihatan panik.
"Dah nak bersalin ke Sha?Macam mana
ni?"Dalam situasi yang panik itu,Mohd Ariff Mirzal segera mengangkat
isterinya ke dalam kereta.
"Sabar kejapp,dah nak sampai
ni.."cemas suara Mohd Ariff Mirzal.
Mohd Ariff Mirzal terus menelefon ahli
keluarga.Mereka semua menunggu dengan penuh debaran terutamanya jejaka yang
bakal bergelar ayah itu.
Azan Subuh berkumandang,sejurus selepas itu
keluar seorang doktor.
"Tahniah Encik Ariff,bayi lelaki.Encik
Ariff boleh masuk dulu,yang lain-lain boleh tunggu sebentar"kata doctor
perempuan yang baru sahaja keluar dari bilik bersalin itu.
Mohd Ariff Mirzal tersenyum.
"Syukur.."kedengaran suara ibu
dan ayahnya,juga turut bersama keluarga mertuanya.
Mohd Ariff Mirzal mendukung anaknya
itu.Nurul Fariysha Diyana tersenyum melihat gelagat suaminya.Lelaki itu segera
melaungkan azan di telinga bayi lelaki itu.
"Terima kasih Sha.Hari ni lahirnya
putera sulung kita."bisik Mohd Ariff Mirzal di telinga isterinya.
"Abang,hari ni berapa hari
bulan?"
"1 Disember..
No comments:
Post a Comment