INI kisah cinta aku.Kisah cinta aku tidak
lah sehebat kisah cinta Laila dan Majnun, mahupun Juliet dan Romeonya. Kisah
cinta aku adalah kisah cinta biasa. Kadang-kadang aku juga terfikir adakah
kisah cinta aku ini kisah cinta magis kerana setiap kali aku jatuh cinta, pasti
dia orangnya? Terpulang pada kalian untuk menilai seberapa magisnya kisah cinta
aku ini.
*****
PERTAMA kali aku mengenalinya sewaktu aku
berumur dua belas tahun. Waktu itu aku masih anak kecil yang tidak tahu apa itu
cinta. Aku kenali dia dengan nama Hazwan Haziq. Nak senang, aku panggil dia
double H.
Bagaimana rupanya waktu itu?Ya, hingga kini
aku masih ingat mukanya yang bujur itu.Rambutnya yang lurus disikat ke tepi
sebelah kiri.Matanya yang bulat itu dihiasi dengan bulu mata yang lentik. Aku
sangat iri kerana dia tidak perlu menggunakan mascara untuk melentikkan bulu
matanya itu. Oh, aku juga ingat dia sangat segak dengan kemeja t lengan pendek
bewarna hitam dan slack warna senada. Kacak juga orangnya walaupun masih kecil.
Mesti kauorang tertanya-tanya sekarang dia masih hensem ataupun tidak kan?
Haish.Sabar-sabar.Nanti aku cerita. Tak kan kauorang tak nak tahu macam mana
rupa aku waktu tu? Isk isk. Kalau kauorang tak nak tanya, aku tak kira. Aku nak
cerita juga.
Aku pula bagaimana waktu itu? Aku ni
ringkas sahaja orangnya. Bulu mata aku tak berapa nak lentik, kalau nak lentik
aku kena pakai mascara.Mata aku pun tak berapa nak bulat, kalau nak tengok mata
aku bulat, kau kena lah buat aku terkejut tahap tak ingat punya. Confirm masa tu
bulat gila mata aku ni. Masa tu, aku tak pakai tudung lagi. Sempoi tahap gaban
aku ikat rambut aku yang tak berapa nak panjang tu ala-ala pony tail mat saleh
kata. Pony tail pun kauorang tak tahu? Ikat ekor kuda la.Aish. Nak dipendekkan
cerita sebab takut kauorang bosan dengar cerita pasal aku ni kan, aku lah budak
perempuan yang paling tak ayu dalam kelas tuisyen aku tu. Budak-budak perempuan
semua panggil aku minah tomboy. Aku sikit pun tak kisah dapat gelaran tu. Sebab
nak buat macam mana.Dah memang betul pun aku tomboy.
Di mana aku berjumpa dengan double H?Kan
aku dah cerita aku jumpa dia dekat sebuah pusat tuisyen.Al-maklumlah, tahun itu
kami bakal menduduki peperiksaan UPSR.Maka, aku dengan hati yang tidak rela
telah di hantar ke pusat tuisyen tersebut untuk mempersiapkan diri sebelum
menduduki peperiksaan besar itu pada bulan sembilan nanti.Aku rasa dia pun
senasib juga dengan aku.Kira macam paksa rela punya kes la. Cukup tak intro ni
nak bagi kauorang dapat idea macam mana keadaan aku dan dia masa pertama kali
kami jumpa? Tak cukup? Tak apa. Scroll bawah sikit. Meh aku cerita lagi.
*****
AKU memang malas nak melayan budak-budak
dalam kelas ni. Dah la aku memang tak suka nak berkawan.Di tambah pula malas
nak bercakap.Jadi, sampai-sampai je kelas, aku amik port biasa aku.Duduk
diam-diam sampai cikgu tuisyen aku tu datang.
“Nama awak siapa?” soal si double H
tiba-tiba.
Macam yang aku cakap awal-awal cerita tadi,
kalau nak tengok mata aku bulat, buat lah aku terperanjat tahap tak ingat
punya. Dan sekarang memang rasa nak terkeluar biji mata aku ni di sebabkan rasa
terkejut yang tahap tak ingat tu. Aku urut dada aku yang rasa macam nak meletup
ni. Tak pandang pun budak yang boleh buat nyawa aku boleh melayang kalau ada
sakit jantung tadi. Dia masih berdiri depan meja aku.
“Nama awak siapa?” soal dia sekali lagi.Aku
masih tidak mengangkat muka.Haish. Kau tak faham ke aku tak nak cakap dengan
kau ni? Aku dah la memang malas nak bercakap.
Di sebabkan mamat ni tak faham-faham,
terpaksalah aku pandang muka dia. Senang cerita, aku pandang tanpa perasaan la.
Eh, ada sikit la perasaan. Perasaan GERAM. Dia masih menantikan jawapan
daripada aku. Dengan rasa malas nak buka mulut, kalau nak di bayangkan dekat
kauorang, tahap malas aku nak buka mulut tu ala-ala kena guna playar tolak
rahang aku ni bagi buka, aku pun cakap lah nama aku.
“Hasya Hazirah,” jawab aku dua patah lantas
menundukkan kembali muka aku menghadap buku. Nasib baik nama aku dua patah
perkataan. Kalau tak, memang satu perkataan je lah yang keluar daripada mulut
aku masa tu.
“Come again?” ujar mamat itu.‘Eh, kau tak
pergi lagi ke?’ Sememangnya la mamat ni degil.
Aku menghela nafas panjang. Aku pandang
semula wajah mamat yang berdiri depan mata aku sejak lima minit tadi.
“Hasya Hazirah. Double H,” ujarku tanpa
nada. Kali ni, maju sikit dah. Empat patah perkataan.Kali ini aku tak terus
menundukkan muka. Aku renung mamat depan aku ni. Manalah tahu, kalau dia nak
tanya apa-apa lagi.
“Wow, nice name. Double H. Saya pun double
H juga. Hazwan Haziq,” ujarnya penuh ramah. Sebuah senyuman dihadiahkan buat
aku.Terima kasih, tapi selain daripada tak suka nak cakap, aku juga memang tak
suka nak senyum.
Belum sempat aku buka mulut, dia dah
sambung lagi. “Macam janji pulak kan. Double H. Awak Hazirah, saya Haziq,”
ujarnya masih dengan senyuman di bibir. Kali ni aku rasa senyuman dia tu dah
mencecah ke telinga.
“Manisnya mulut awak.Macam gula-gula,” ujar
aku pula. Aku senyumlah sikit dekat mamat tu. Senyum yang kalau orang lain
tengok boleh la cakap senyum menyampah.
“Macam gula-gula?Bukan macam coklat?”
kata-kata itu meluncur laju di mulutnya.Serentak itu sebuah cubitan hinggap di
lengannya.Wah, penyelamat aku dah sampai.Cikgu Aina sudah mencekak pinggang.
“Amboi Haziq. Manis macam gula-gula la.
Manis macam coklat la,” ujar Cikgu Aina. Jarinya sudah mula memulas kulit yang
sempat di cubit di lengan Haziq tadi. Aku apa lagi. Gelak sakan dalam hati.
“Adoi cikgu.Sakit.Lepas lepas,” Haziq mula
mengaduh.Sudah mula membuat muka sepuluh sen.
“Awak datang sini nak belajar ke nak
mengurat anak dara orang?” soal Cikgu Aina tegas.Haziq sudah tersenyum sumbing.
“Dua-dua cikgu.Belajar pun nak.Bercinta pun
nak,” jawabnya selamba.Jawapannya itu memang meminta cubitan yang lebih padu
daripada Cikgu Aina hingga membuat dia menjerit kesakitan.
Aku hanya menggelengkan kepala. Benda-benda
cinta ni memang tak masuk dalam otak aku sekarang ni. Tak tahu lah kenapa.
Mungkin sebab aku ni sekolah perempuan. Jadi, aku memang ada rasa anti dekat
manusia yang dipanggil lelaki.
Itulah, pertama kali aku bercakap dengan
manusia bernama Hazwan Haziq.
*****
KINI, sudah hampir lima bulan aku tuisyen.
Mulut yang dulu malas nak bercakap, kini sudah rajin sikit bercakap.Tu pun cuma
dengan si Double H tu la. Mesti kauorang ingat sebab aku dah jatuh cinta dekat
dia kan? Jawapannya adalah……. Teetttt SALAH. Aku cakap dengan dia bukan sebab
aku jatuh cinta dekat dia, tapi sebab dia yang selalu tanya aku macam-macam
soalan. Nak tak nak aku kena lah jawab kan. Dah tu macam mana aku boleh jatuh
cinta dengan dia? Ni aku nak beritahu ni.
Masa tu tiba-tiba ada pop kuiz.Siapa tak
dapat jawab kena denda. Kebetulan si Double H ni tadi duduk sebelah aku. Maka,
bila tiba giliran dia kena jawab soalan, aku dengan baik hati tolong kirakan
jawapan untuk dia. Baikkan aku?
Dan sebelum balik hari tu, dia bisik dekat
telinga aku ayat ni. “Saya suka awak Hazirah.”Dalam hati masa tu aku rasa macam
dah terbang naik ke awan. Al-maklumlah, first time lelaki cakap suka dekat aku
kan. Tapi disebabkan aku ni jenis anti lelaki, aku buat tak tahu je lah bila
dia cakap macam tu. Kisah hari tu langsung tak berbekas dekat hati aku ni.
Esoknya, sebelum memulakan kelas, Cikgu
Aina mengambil kedatangan. Dan nama pun dipanggil macam biasa. Hinggalah tiba
pada nama Hazwan Haziq.
“Hazwan Haziq,” panggil Cikgu Aina tanpa
memandang ke arah kami.
“Saya cikgu,” jawab Haziq yang duduk di
belakangku.
Kemudian nama aku pula dipanggil.
“Hasya Hazirah”
Belum sempat aku nak menjawab, Haziq sudah
menjawab bagi pihak aku.
“Saya cikgu,” jawabnya selamba.
Pantas Cikgu Aina memandang
kami.Rakan-rakan sekelas sudah ketawa macam nak pecah perut. Mana tidaknya,
nama yang dipanggil oleh Cikgu Aina tadi nama perempuan. Lebih tepat, nama yang
dipanggil tadi tu nama aku. Tapi yang menjawabnya Hazwan Haziq.Apa kes?
“Haziq, nama awak Hasya Hazirah ke?” soal
Cikgu Aina geram.
“Bukan cikgu,” laju dia menjawab.
“Kenapa awak pula yang menyahut bila saya
panggil nama tu?” soal Cikgu Aina lagi.
“Tu nama bakal isteri saya cikgu.Dia malas
sikit nak bercakap.Jadi saya tolong jawabkan bagi pihak dia,” terangnya panjang
lebar.
Aku yang tidak percaya dengan ayat yang
baru sahaja aku dengar daripada mulut Haziq tadi lantas menoleh ke
belakang.Haziq hanya tersenyum memandangku.
“Awak cakap apa tu?” soal aku kepada
Haziq.Muka aku masa tu memang dah merah padam.Malu satu hal.Bengang satu hal.
“Saya cakap saya suka awak,” jawab Haziq
perlahan sambil mendekatkan mukanya kepada aku.Supaya aku jelas mendengar ayat
yang dituturkan olehnya.
Ya, memang jelas.Hingga ayat itu menyerap
langsung ke dalam hati aku, ke dalam jantung aku.Itulah pertama kali aku jatuh
cinta pada Hazwan Haziq.
*****
HARI itu hari terakhir tuisyen.Minggu
hadapan, kami semua bakal menduduki peperiksaan UPSR.
“Good Luck nanti,” ujar Haziq kepadaku.
Kami mengorak langkah bersama keluar
meninggalkan pusat tuisyen itu.
“Good Luck juga,” ujarku kepadanya.
Sebenarnya, aku rasa sedih waktu
itu.Walaupun kami jarang bercakap, tetapi Haziq lah orang yang paling rapat
dengan aku di pusat tuisyen itu.
“Lepas ni kalau jumpa Haziq, tegur-tegur
lah ya,” ujarnya perlahan. Matanya melirik ke arah aku.
Aku hanya mengangguk mengiakan
kata-katanya.
“Boleh tak janji sesuatu dengan Haziq?”
soalnya pula memandangkan aku masih berdiam diri.Pantas aku menoleh melihat
wajahnya.Dan tiba-tiba sahaja dadaku berdebar pantas apabila anak matanya
memandang tepat ke dalam anak mataku.‘Oh tidak!Sah aku jatuh cinta!’
“Janji apa?” soalku perlahan.Anak mataku
aku larikan memandang pepohon yang melambai-lambai ditiup angin tengah hari
itu.Menyembunyikan rasa gelisah yang beraja di hati.
“Janji dengan Haziq, kalau lepas ni awak
jatuh cinta, awak hanya boleh jatuh cinta dengan Haziq sahaja.Boleh?” soalnya
inginkan kepastian.
“Kalau ada jodoh tak ke mana,” ujarku
perlahan.Haziq menangguk perlahan.
Dan selepas itu, ayah Haziq menjemputnya
pulang.Aku dapat melihat dia menoleh ke arahku sewaktu kereta Iswara merah itu
meluncur laju meninggalkan perkarangan pusat tuisyen.Dan itulah kali terakhir
aku melihatnya tahun itu.Walaupun aku tidak berjanji kepadanya, namun aku
sentiasa mengingati pesanannya itu.
‘Jika aku jatuh cinta, aku hanya boleh
jatuh cinta dengannya.’
*****
PEJAM celik pejam celik, tahun ini aku
bakal menduduki peperiksaan PMR.Tidakku sangka cepat sungguh masa berlalu.Baru
semalam ku rasakan aku melihat wajah Haziq yang menoleh ke arahku saat kereta
Iswara merah itu membawa dia pergi.Mungkin pergi selamanya daripada hidupku
kerana sejak itu aku tidak pernah lagi bertemu dengannya.
“Hoi!” jerkah Iza.Aku tersentak.Hilang
terus gambaran wajah Haziq yang bermain-main di mindaku sebentar tadi.Tanganku
mengurut-ngurut dada yang terasa berdebar laju.
“Terperanjat wei,” gumam aku sambil
mengengsot sedikit ke tepi memberi ruang untuk Iza menyelit duduk di sebelahku
di kerusi yang berada di kantin itu. Mujurlah badan teman baikku ini kecil
molek.Muatlah dia menyelitkan dirinya di ruang yang tidak seberapa besar itu.
“Termenung ingat siapa cik kak?Haziq lagi?”
soal Iza bertubi-tubi.Tangannya pantas mencapai straw dan dicucukkan ke kotak
air soya bean yang entah bila dibelinya.
“Mana tahu?” soalku penuh tanda tanya.
Sejak bila si Iza ni pandai menilik hati aku. Eh ada ke penilik hati?Setahu aku
ada penilik tangan je. Ha, suka-suka hati aku je kan buat ayat sendiri.
“Awak tu kalau dah termenung macam tu tak
lain tak bukan mesti ingat Haziq la. Tak ada orang lain dah yang diingatnya,”
ngomel Iza. Sebuah senyuman dihadiahkan buatku.
“Semalam, Najia cakap dia dah ada
boyfriend,” ujarku rendah.Melarikan mata daripada Iza sebelum dia menilik
mataku pula selepas ini.
“Jangan cakap boyfried dia Haziq?” duga
Iza.Tangannya pantas memegang tanganku.Aku masih tidak menoleh ke arahnya.
“Rasanya begitulah,” ujarku semakin
perlahan.Ya, Najihah atau Najia, adik angkatku kini menjadi teman wanita
Haziq.Itulah perkhabaran berita yang aku terima petang semalam sebelum aku
pulang ke rumah.
Mata Iza membulat.Mulutnya juga melopong
saat memandangku.Terkejut benar agaknya dengan perkhabaran berita yang ku bawa
ini.
“Tutuplah mulut tu. Masuk lalat nanti,”
ujarku berseloroh.Pantas ku lihat Iza menutup mulutnya.
“Dah tu?” soalnya ringkas.
“Three,” ujarku sepatah diselangi dengan
tawa kecil.Menutup rasa kecewa yang merajai hatiku saat itu.
Iza sudah menarik muka masam.Mulutnya sudah
sudah sedepa dimuncungkan ke hadapan.Tidak puas hati dengan jawapan yang ku
berikan barangkali.Tetapi itulah hakikatnya. Aku tidak tahu apa perasaanku saat
ini. Adakah aku harus merasa gembira kerana adik angkatku menjadi teman wanita
Haziq?Atau adakah aku harus merasa sedih kerana Haziq telah melupakan janji
itu?Ahh.Aku sendiri tidak tahu.
*****
JALANRAYA waktu itu sangat sibuk. Kereta
berderet-deret di lampu isyarat yang menghala ke arah Lebuhraya Pasir Gudang.
Aku menjeling sekilas jam tangan Seiko yang berada di pergelangan tangan
kiriku. Pukul tujuh.Memang waktu begini jalanraya masih sesak memandangkan
masing-masing mahu pulang ke rumah setelah penat seharian bekerja mahupun
bersekolah.
Aku menyandarkan kepala di kerusi tempat
dudukku di dalam bas sekolah.Terasa lenguh pula leherku hari ini.Pandanganku
dihalakan ke tengah jalan raya yang sesak memandang kenderaan yang masih tidak
bergerak menanti isyarat hijau pada lampu isyarat.
Aku masih teringat lelaki itu.Haziq.Ya,
lelaki itu.Sudahkah dia melupakan aku?Otakku menerawang jauh mengingati kembali
saat pertama kali kami berjumpa. Entah bila kami akan bertemu lagi. Sebuah
keluhan aku lepaskan.Pandangan mata ku arahkan ke bas sekolah yang berhenti di
sebelah bas sekolah yang dinaiki olehku.Agak terganggu dengan bunyi suara yang
datang daripada bas itu.Pandangan mata ku alihkan ke arah bertentangan bila aku
lihat ramai pelajar lelaki di bas itu.
“Hazirahhhhhhhhh!!!” laung suatu suara yang
memanggil namaku daripada bas itu. Laungan itu telah memaksaku untuk menoleh kembali
untuk melihat pemilik suara itu yang sangat ku kenali.
Senyumannya membuat pandangan mataku
kaku.Kehadirannya di hadapanku kini mematikan semua persoalan yang bermain
difikiranku sebentar tadi.
Melihat aku yang masih terpaku
memandangnya, akhirnya dia menjerit kembali.
“I love youuuuu!!!” dan serentak itu sebuah
sorakan kedengaran daripada bas itu. Senyumannya lebar hingga ke pipi.
Aku masih tidak percaya aku berjumpa
dengannya setelah sekian lama kami terpisah.Hampir tiga tahun kami tidak bersua
muka.Tiada khabar berita.
Hazwan Haziq. Hari ini kita berjumpa
lagi.Saat aku masih mencari jawapan kepada semua persoalan tentang kita.Tentang
hubungan kita.Hubungan kita yang terjalin tanpa kata, terpisah kerana masa.Aku
juga mahu mendengar daripada mulutmu, apakah benar Najihah kekasihmu.
Aku terus menatap wajah itu tanpa
kata.Memandang anak matanya.Mencari kejujuran daripada mata itu.Dia juga masih
menatapku dengan senyuman yang sangat ku rindui selama ini.Aku masih menatapnya
ketika bas sekolahku mula bergerak meninggalkan bas sekolahnya di belakang.
Air mata yang tidak ku tahu sejak bila
telah membasahi pipi kini semakin laju mengalir keluar daripada tubir mata
seperti air takungan yang melimpah apabila empangan pecah. Semakin ku seka,
semakin laju ia mengalir keluar.
‘Aku rindu dia!’Hanya itu yang mampu aku
katakan saat bas kami membawa haluan yang berbeza.Dia masih melihatku menerusi
jendela.Aku juga masih melihatnya dalam juraian air mata.
*****
ANGIN petang yang berpuput lembut di bumi Indonesia
ini membawa ingatanku kembali ke bumi Malaysia.Bunyi daun-daun yang bergeser
sesama sendiri apabila ditiup angin sangat mengasyikkan untuk
didengar.Tenang.Itu yang aku rasakan.
Pantas sungguh masa berlalu.Sudah dua puluh
satu tahun aku menjalani kehidupan.Begitu banyak yang masih belum ku
laksanakan.Begitu banyak juga impian yang belum tercapai.Pantas, aku teringat
impianku yang masih ku simpan kemas dalam otakku.
Aku ingin bertemu sekali lagi dengan insan
yang bernama Hazwan Haziq.Itu adalah impian yang aku simpan sejak kami terpisah
buat pertama kalinya sembilan tahun yang lalu.
Dan tanpa diminta, air mataku menitis
lagi.Kenapa setiap kali aku rindu, pasti Haziq yang menjelma difikiranku?Kenapa
setiap kali aku jatuh cinta, pasti Haziq orangnya?
Pantas, aku masuk ke kamarku.Tiada
ketenangan lagi di luar koridor ini.Kakiku melangkah menuju ke meja belajarku
yang terletak di sebelah katil.Pantas tanganku berlari-lari di papan kekunci
komputer riba Acer milikku lalu membuka lawan sesawang Facebook setelah aku
melabuhkan punggungku di kerusi.
Pantas juga tangan ku menaip nama Hazwan
Haziq di bahagian carian di laman sesawang itu. Tidak sampai seminit,
beribu-ribu profil dengan nama Hazwan Haziq terpapar dihadapan mataku kini. Aku
buntu.Tidak tahu yang mana satu profil milik Hazwan Haziq yang aku cari.Maka ku
kecilkan pencarian dengan menapis menggunakan tempat asal kelahiran.Kini,
bilangan profil yang terpapar sudah sedikit berkurang.Tinggal angka ratusan
sahaja.
Dan bermulalah pencarianku mulai detik itu.
Satu persatu profil yang tertera nama Hazwan Haziq itu ku teliti. Sesiapa yang
aku rasa berkemungkinan seperti Haziq yang ku cari, ku hantar permintaan untuk
menjadi kawan mereka.
Hampir dua bulan aku menjalankan proses
pencarian ini sehinggalah pada suatu hari aku mendapat reaksi positif daripada
salah seorang kenalan yang berada di laman sesawang itu. Aku hampir pasti
dialah Haziq yang aku cari.
Namun pada akhirnya aku masih kecewa.
*****
DADAKU berdegup pantas.Laman Yahoo
Mesengger terbentang di hadapan mataku kini.Nama Hairul Haziq tertera di atas
pesanan yang baru ku terima sebentar tadi.Ku baca sekali lagi ayat yang
tertulis di pesanan itu.
Hairul Haziq : Assalammualikum. Haziq di
sini. Boleh Haziq tahu siapa di sana?
Jari-jemariku terasa berketar saat mahu
menekan papan kekunci komputer ribaku ini.Namun ku kuatkan hati.Semoga dialah
insan yang aku cari itu.Pantas ku taipkan juga persoalan yang ingin ku
tanyakan.
Hasya Hazirah : Waalaikummussalam. Hazirah
di sini.
Hazwan Haziq : Owh Hazirah. Kenapa ya?Haziq
dapat tahu Hazirah hendak tanyakan sesuatu.
Memang benar aku mahu tanyakan sesuatu
kepada insan ini.Aku ingin memastikan bahawa dia Haziq yang aku cari selama
ini.
Hasya Hazirah : Boleh saya tahu Haziq ni
asal daripada mana?
Hazwan Haziq : Johor Bahru. Hazirah pula?
Hasya Hazirah : Johor Bahru juga. Haziq
sekolah mana dulu?
Hazwan Haziq : English College.
Sepi seketika.Aku semakin pasti dia memang
Haziq yang ku cari.Mungkinkah benar dia orangnya?
Hazwan Haziq : Sudah berpunya?
Hasya Hazirah : Hurm?
Hazwan Haziq: Masih menunggu Haziq sampai
sekarang? Tak penat tunggu Haziq sembilan tahun ni?
Dan kini, air mata itu tidak dapat ku tahan
lagi.Memang benarlah dia Hazwan Haziq yang ku cari selama ini.
Hasya Hazirah : Siapa cakap saya tunggu
Haziq?
Hazwan Haziq : Hati Haziq yang cakap macam
tu. Anda sudah bertudung sekarang.
Hasya Hazirah : Ya, masa mendewasakan kita.
Kita perlu berubah kan?
Hazwan Haziq : Tetapi kenapa hati anda
tidak berubah sedikitpun Hazirah?
Hasya Hazirah : Mana anda tahu hati saya
tidak berubah Haziq?
Hazwan Haziq : Kerana anda masih Hasya
Hazirah yang saya kenali dulu.
Bibirku mengukir senyum.Kerana dia juga
Hazwan Haziq yang ku kenali dulu.Dia semakin matang kini.Wajahnya yang
menghiasi profil Yahoo Messenger nya ini juga ku lihat semakin matang.Berbeza
sekali dengan yang ku lihat terakhir kali semasa di tingkatan tiga dahulu.
Pertemuan kali ketiga ini telah dibantu
oleh salah seorang jejaka yang telah ku tambah sebagai kenalan di facebook yang
ku sangka Hazwan Haziq.Jejaka ini memang berasal daripada Johor Bahru,
bersekolah di English College dan tinggal di Jalan Seroja di Taman Johor
Jaya.Memang serupa, sebiji, sebulat dengan Haziq.Kerana itulah aku pasti dia
adalah Haziq.Namun setelah ku lihat gambarnya, dia bukan Haziq yang aku cari.
Dia memberitahuku, jiran yang tinggal
berdekatan rumahnya juga ada yang bernama Haziq.Dan melaluinyalah aku dapat
berhubung kembali dengan Haziq melalui alamat Yahoo Messanger yang telah diberi
oleh jejaka itu.
*****
TIGA kali mencintainya, kini sudah sebelas
tahun aku menantinya.Sejak kali ke tiga kami berhubung melalui alam maya itu,
jarang sekali kami bertukar cerita.Malah lebih mudah aku katakan, kami saling
tidak bertegur sapa di Yahoo Messanger mahupun di Facebook.
Namun, di sudut hati kecilku, aku masih
menanti jawapan daripada dirinya.Jawapan kepada janji yang pernah dia ciptakan
untukku. Jawapan kepada janji yang sentiasa membuat aku tersekat atas
perhubungan tanpa nama. Pertalian hati tanpa kata.
Aku bukan seorang yang pandai memetik
gitar.Tetapi jika aku bisa memetik gitar, ingin sekali aku hadiahkan sebuah
lagu untuk orang yang aku cintai selama sebelas tahun ini.
Dan jika engkau membaca kisah ini,
terimalah laguku untukmu sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahiranmu yang
kedua puluh tiga…
Tiga kali mencintaimu,
Sebelas tahun aku menunggu,
Setiap kali aku jatuh cinta,
Mengapa mesti engkau orangnya?
Pertama kali kita bersua,
Engkau berjaya mencuri pandangan mata,
Namun cinta kita mati disitu,
Dibawa pergi bersama waktu
Kau laungkan namaku,
Waktu kali kedua kita bertemu,
Wajah engkau ku lihat sekilas,
Kenangan lama datang mengimbas
Kali ke tiga kita tetap kaku,
Di alam maya kini kita bertemu,
Aku cuba berlagak sahaja,
Sungguhpun cinta mengetuk pintu jiwa
Kelak jika kita bersua,
Katakan sahaja jika engkau masih mencinta,
Dalam diam kita tetap merindu,
Entah bila akan bersatu
Tiga kali mencintaimu,
Sebelas tahun aku menunggu,
Tidak ku pinta cintaku berbalas,
Cukup kau tahu cintaku ikhlas.
Inilah kisah cinta aku.Sudah aku katakan
kisah cintaku tidak sehebat kisah cinta Laila dan Majnun, mahupun Juliet dan
Romeonya. Kisah cinta aku adalah kisah cinta biasa..Namun aku ingin tetap di
sini, menanti cintaku, jika benar dia memang diciptakan untukku.Dalam sebelas
tahun ini, aku tidak pernah menyesal mengenalinya.Tidak pernah menyesal
mencintainya.Tidak pernah menyesal merinduinya.
Hazwan Haziq, tamatkanlah kisah kita.
Beritahulah aku kesudahan cerita kita yang kau tinggalkan buat aku.Agar aku
bisa mencintai selain daripada dirimu.Agar aku tidak pernah lagi menanti dirimu
seperti sebelas tahun yang lalu…
*****
Dedikasi buat dia yang ku ingati selalu..
“Cinta bagiku hanya dirimu.Walau jauh
beribu batu, walau kisah kita ditelan waktu.Aku tetap setia di sini menanti
dirimu.”
No comments:
Post a Comment